Tuesday, April 6, 2010

Al-Fatihah untuk Ulama Rabbani...


Beliau dilahirkan pada Jamadil Akhir 1331H dan dibesarkan oleh ibu bapa yang soleh dalam suasana yang solehah. Ayahnya bernama Sayyid Ahmad Bin Abd Rahman manakala Ibunya As-Syarifah A'lawiyah Binti Al-Habib Ahmad Bin Muhammad Al-Jufri

Terbuka mata hati Habib Abd Qadir untuk menjadi Insan yang bertaqwa dan soleh apabila beliau sering melihat ayahnya mendirikan solat, berpuasa, menyibukkan diri dengan ilmu dan majlisnya (ilmu). Ibunya pula sering membaca wirid-wirid siang dan malam, suasana beginilah yang memahat satu ukiran keimanan di dalam jiwa beliau.

Suasana beginilah yang diamalkan oleh para Salaf yang telah menjadikan rumah mereka sebagai sebuah sekolah yang mendidik anak-anak dengan pelbagai ilmu yang susah untuk diperolehi setelah dewasa. Semoga setiap dari kita mampu membentuk suasana keimanan di dalam rumah masing-masing.

habib Abd Qadir telah menuntut Ilmu di Madrasah An-Nahdah yang bermaksud “Kebangkitan”, sesungguhnya madrasah ini sebagaimana namanya. Guru-gurunya terdiri daripada Syeikh-syeikh besar dan Ulama-ulama. Method pembelajarannya ialah tarbiah, pembersihan jiwa dan ilmu. Di Madrasah ini Habib Abd Qadir mempelajari Ulum Hadis, Tafsir, Bahasa Arab dan segala ilmu berkaitan, Fiqh, Sirah, Sejarah dan sedikit daripada ilmu kira-kira dan falak dan juga selainnya. Madrasah ini juga mempunyai jabatan khusus untuk menghafal Al-Quran. Habib Abd Qadir telah menghafal Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Walaupun Madrasah tersebut mempunyai keistimewaan yang luar biasa akan tetapi Ayah Habib Abd Qadir tidak pernah alpa dari tanggungjwab beliau untuk bertanya, mengikuti dan menguji segala pelajaran yang diperolehi oleh Habib Abd Qadir. Didikan dari rumah inilah yang tel! ah banyak melahirkan insan yang cemerlang.

Beliau adalah seorang yang mampu menghidupkan kembali hati yang lemah terhadap kepada kecintaan kepada Allah, sentiasa mengungkapkan kata-kata yang indah dan penuh hikmah. Lidahnya tidak pernah lekang dari berhujah menggunakannas-nas al-Quran dan as-Sunnah dan cerita-cerita bangsa. Beliau menggambarkan realiti ummat yang memedihkan dan memberi penawar kepada semua bala dan kepincangan akhlak.

Kasih sayang Habib melata di dalam hati manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit, sama ada yang hampir dengan beliau atau yang jauh, yang bersama beliau atau menentang beliau. Sebagaimana yang boleh dilihat di dalam majlis beliau terdapat pelbagai bangsa dan warna kulit.

1 Komen:

Abd Razak said...

Salam..

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun..

Semoga rohnya ditempatkan di maqam yang tinggi

Post a Comment

Lakaran Hati © 2008 Template by:
SkinCorner