Tuesday, April 20, 2010

Cinta


Cinta yang bertandang di lubuk hati setiap insan itu fitrah yg merupakan anugerah dari Maha Pencinta. Hakikatnya asal kejadian cinta itu bersih dan suci, tetapi malangnya ia cemari oleh debu-debu maksiat yang dicipta oleh manusia sendiri. Terkadang terfikir sendiri untuk apa menikmati cinta sebelum berkahwin? Bimbang ia menjadi tawar dan hambar. Bukankah itu menghilangkan barakah dan kemanisan di alam rumah tangga kelak.

Jika ditanya pada setiap orang tentang impian masing-masing dalam membina rumahtangga jawapan yang diterima pasti adalah ingin membina "baitul muslim" dan sebagai wasilah untuk peningkatan hidup juga mampu memberikan sesuatu yg bermanfaat kepada agama. Tetapi bagaimana untuk membina baitul muslim andai di permulaannya sudah dicemari. Barakah yang Allah SWT janjikan itu hanya ada buat ikatan yang terpelihara.

Untuk itu wahai para mujahid dan mujahidah, jika kalian belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta Adam dan Hawa. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar yang tidak diredhai Allah. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu. Peliharalah kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.
Andai dirimu jatuh cinta kuatkanlah prinsip dirimu dengan hadis ini: "Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)
Seorang penyair arab berkata tentang bahana cinta,
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia didalamnya, tak tertolong lagi.
Berikanlah cintamu pada yang layak menerimanya. Cintai dia kerana agama pada dirinya kerana itu jaminan bahagia buatmu dunia dan akhirat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."
Inilah ukuran yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berbahagialah dirimu dan semoga dirimu dicintai Tuhan.."Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." (Imam al-Nawawi)

Serahkan hati mu pada ALLAH, nescaya akan diserahkanNYA kepada pemilik yang terbaik..Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku kerana cintaNYA, milikilah diriku kerana agamaNYA, milikilah jiwaku keranaNYA..(^_^)

2 Komen:

Abd Razak said...

Salam..:)

Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!

Kuhasya said...

salam Abd Razak..
benar tetapi cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia.

Namun cinta yang kekal adalah menyintai yang Maha Esa dan hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagungan-Nya, niscaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu“. HR. Muslim

Post a Comment

Lakaran Hati © 2008 Template by:
SkinCorner