Tuesday, April 12, 2011

Masa


A - Apakala masa mula bicara tentang manusia

B - Betapa terlekanya manusia

C - Celik penglihatan tetapi tertutup pemikiran dan pengertian

D - Dangkal dan cetek ilmu dalam perkiraan waktu

E - Enak dibuai mimpi dan alunan merdu tiupan seruling dunia

F - Faktor material jadi buruan dan rebutan rakus

G - Gah membina dan menakluki empayar kehidupan bertemadunkan keangkuhan dan nafsu nafsi

H - Hilang mahkota iman disentap lanun lanun hipokrit dunia

I - Indah dalam bercanda dan berkomunikasi dalam sandiwara dunia

J - Jeritan dunia penuh ceria gembira saling bersahut sahutan

K - Ke mana hati mahu dibawa mengembara meneroka rimba hutan dunia?

L - Lupakah amanah alpakah amaran Dia Yang Maha Kuasa?

M - Mentaliti dibiarkan bertuhankan nafsu semata mata

N - Naluri keagamaan semakin lesu dan kaku

O - Otak banyak di upload janji janji kosong dunia

P - Pernahkah berbisik dan memujuk hati untuk menyedari ?

Q - Quran satu solusi bagi penawar segala kesakitan dan kegundahan hati

R - Renungilah ayat-Nya,"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka daripada Allah-lah datangnya." (QS An-Nahl : 53)

S - Serta pengukuhan janji-Nya,"Ketahuilah dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang." (QS Ar-Ra'ad : 28)

T - Tendanglah pintu leka,jenguklah melalui jendela hati

U - Ubahlah persepsi tentang hidup ini

V - Visi untuk meraih redho Ilahi jadikan matlamat terkini

W - Walau berjuta rasa nafsu bergejolak memprotes

X - X akan terkubur iman tanpa pertarungan di medan nafsu menggila

Y - Yakinilah jaminan Allah,"Dan barang siapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberi petunjuk pada hatinya.(QS At-Taghaabun : 11)

Z - Zahirkanlah perjuangan di medan masa yang cuma tinggal sisa sambil menghunus senjata 3K - Kesedaran Ketabahan Keyakinan berpelurukan Keimanan, agar mampu berdiri membawa panji kemenangan dalam barisan REDHO ILAHI.


"Ya Allah ya Tuhan kami,ampunilah dan kasihanilah kami,ibubapa kami,saudara saudara kami,orang yang mengasihi kami,orang yang kami kasihani kerana-Mu,orang yang berbuat baik kepada kami,orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat,dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dalam kalangan yang mengasihi."

"Ya Allah,restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad,keluarga dan para sahabat Baginda semuanya."

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Arhamar Rohimiin.

Wednesday, April 6, 2011

Apakah SOLAT kita dpt mencegah MAKSIAT?

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang telah mewajibkan solat kepada hambanya dan menyuruh mereka melakukan dengan sebaik-baiknya,serta menjanjikan keselamatan dan keberuntungan bagi yang khusyu' dalam menjalankannya.
Selain itu,solat juga menjadi pembeda yang jelas antara keimanan dan kekufuran serta menjadi pencegah perbuatan keji dan mungkar.Selawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada nabi Muhammad s.a.w,orang yang telah diperintahkan oleh Allah dengan firmannya :
"Kami telah menurunkan kepadamu Adz-Dzikir untuk engkau jelaskan kepada manusia dengan terperinci apa yang kami turunkan kepada mereka"(Surah An-Nahl,ayat 44).

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

♥ ILMU UNTUK DI AMAL

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup.

♥UBAT HATI :

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh.


♥ISTIQAMAH & AMALAN :

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-an...ak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting

♥SOLAT TIANG AGAMA :

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. ...Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

♥YANG MULA DI HISAB ADALAH SOLAT :

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, ...jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi "(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah )

♥IKRAR DAN PERJANJIAN :

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam".

♥ MALAIKAT JUA BERAMAL :

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

♥TAMBAHAN AMALAN :

Di lihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.
Melibat seluruh anggota lahir dan batin Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

♥♥ SELAMAT BERAMAL ♥♥

Tuesday, March 1, 2011

Ujian Allah

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya mengu...ji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang.

Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut KITA menyangka bahawa KITA akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.ahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Thursday, February 17, 2011

Apa itu TAQWA

Taqwa
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepad...a Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."


Thursday, January 13, 2011

Berhati-hatilah Dengan Solatmu

“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
• “Sudah, Alhamdulillah..

• Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
• “Ya.”.

• Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
• “Tidak..”.

• “Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
• “Tidak..”.

• “Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
• “….”.

• “Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
• “Tidak..”.

• “Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
• “Tidak..”

• “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
• “….”.

• “Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”
• “Ya.”.

• “Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
• “Tidak..”.

• “Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
• “…”
.
• “Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
• “Tidak..”.

• “Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
• “Tidak..”.

• “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
• ‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5)
• “Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”


Lakaran Hati © 2008 Template by:
SkinCorner