Taqwa
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .
~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepad...a Allah. (2 : 281)
~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)
~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)
Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".
Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".
"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."
About Me
- Kuhasya
- Semakin jauh kita berjalan.. semakin dekat dengan kesabaran.. semakin yakin dengan keimanan.. semakin redha dengan kebesaran.. semakin hampir dengan tujuan.. semakin hampir dengan ketentuan. Asal niat suci dan ikhlas.. ALLAH pasti membalasnya
Coretanku
Jauhilah kegelisahan kerana ia adalah racun.
Jauhilah kelemahan kerana ia adalah kematian.
Jauhilah rasa malas kerana ia adalah kegagalan.
Jauhilah pendapat yang ragu-ragu kerana ia adalah hayunan langkah yang buruk
Jauhilah kelemahan kerana ia adalah kematian.
Jauhilah rasa malas kerana ia adalah kegagalan.
Jauhilah pendapat yang ragu-ragu kerana ia adalah hayunan langkah yang buruk
My Blog List
Munajatku
Ya Allah,
kepadaMu aku berserah,
kepadaMu aku beriman,
kepadaMu aku bertawakal,
kepadaMu aku kembali,
kepadaMu mengadu dalam menyelesaikan pertikaian,
kepadaMu aku mengharap keputusan.
Ampunilah segala yang telah aku lakukan,
dan yang belum aku lakukan,
apa yang aku sembunyikan,
dan yang aku nampakkan.
Amin ya Rabbil 'alamin
kepadaMu aku berserah,
kepadaMu aku beriman,
kepadaMu aku bertawakal,
kepadaMu aku kembali,
kepadaMu mengadu dalam menyelesaikan pertikaian,
kepadaMu aku mengharap keputusan.
Ampunilah segala yang telah aku lakukan,
dan yang belum aku lakukan,
apa yang aku sembunyikan,
dan yang aku nampakkan.
Amin ya Rabbil 'alamin
Hadith
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Ada tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Di antaranya adalah seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang memiliki keelokan dan kecantikan, tapi lelaki tersebut berkata, `Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.”
(HR Bukhari, Muslim, Nas`i, dan Muslim)
"Ada tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Di antaranya adalah seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang memiliki keelokan dan kecantikan, tapi lelaki tersebut berkata, `Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.”
(HR Bukhari, Muslim, Nas`i, dan Muslim)
Blog Para Ilmuan
Thursday, February 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Komen:
السلم عليكم ورحمة الله
Membersihkan hati dengan meninggalkan segala hal yang meresahkan hati dan dengan melatih hati untuk bisa dikendalikan, sehingga hati lembut, peka serta menjauhkan ketergantungandan kecenderungan kepada hawa nafsu. Barulah taqwa itu bisa diraih..
SubhanAllah...Terima KAsih atas informasi ni dan moga-moga sentiasa mendapat operlindungan dengan RedaNya.
Salam, i shared this in my page dear ;)
For A MALAY version of this page please visit
https://www.facebook.com/PosterMuslim
For ENGLISH version of this page please visit
https://www.facebook.com/pages/MuslimPoster/454055207964400
Post a Comment